2025-04-07 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 April - Putrajaya hari ini menegaskan tarif timbal balas tidak memenuhi prinsip perdagangan bebas dan adil seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),yang dianggotai oleh 164 negara,termasuk Amerika Syarikat (AS).
Kerajaan MADANI juga menyangkal dakwaan pihak berkuasa AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke negara ini.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan impak ekonomi daripada langkah tarif AS yang terkini masih dinilai.
“Walaupun unjuran awal kita adalah berasaskan pandangan yang berhati-hati namun skop dan tahap keterukan daripada tarif ini telah melebihi andaian paling konservatif. Oleh itu,unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus kini sedang dikaji semula,” menurut MITI dalam kenyataan.
Kementerian itu memaklumkan kesan tepat dijangka ketara dan akan lebih jelas apabila maklumat lanjut mengenai garis masa pelaksanaan,kadar tarif,liputan produk (termasuk pengecualian),dan hasil rundingan perdagangan diperoleh.
Kepantasan dan skala tindakan balas oleh ekonomi lain juga akan mempengaruhi hasil akhir.
Bagaimanapun,Kerajaan MADANI tidak menjangkakan berlakunya kemelesetan atau kelembapan asas.
Pertumbuhan ekonomi kekal akan dicatatkan,disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh,pelaburan domestik yang besar,penerimaan perbelanjaan pelancongan yang positif,dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.
“Asas ekonomi yang kukuh akan membolehkan kita mengharungi cabaran ini pada kedudukan yang kuat dan bersedia,” tambah MITI.
MITI menjelaskan dalam semangat mengekalkan hubungan yang positif dan progresif dengan semua rakan dagang,Kerajaan MADANI akan terus berunding dengan AS untuk mencari penyelesaian yang baik dan adil bagi isu tarif timbal balas ini.
“Sepanjang tempoh mencabar ini,kerajaan akan terus mengutamakan kepentingan Malaysia,demi kesejahteraan rakyat,perniagaan dan pengeksport kita,” tambahnya.
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur