2025-04-07 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,7 April- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump.
Pada pukul 8.09 pagi,ringgit susut kepada 4.4485/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang dijangka terus tidak menentu dengan sentimen lemah susulan pengumuman tarif oleh pentadbiran Trump minggu lepas.
Katanya S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq,masing-masing merosot 4.57 peratus dan 5.33 peratus pada Jumaat lepas,menunjukkan pelabur kurang keyakinan terhadap aset yang mempunyai risiko.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS dijangka terus mendominasi dagangan.
“Pasaran mata wang berhati-hati terhadap risiko kemelesetan yang berkaitan di AS berikutan tarif akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan akan menyebabkan penurunan yang ketara dalam permintaan di AS,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu,katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS kekal tenang.
Beliau berkata niaga hadapan kadar faedah AS menunjukkan kebarangkalian lebih 100 peratus penurunan Kadar Dana Fed pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada Jun dan Julai.
Kadar penanda aras boleh mencecah 3.50 peratus daripada paras semasa 4.25 peratus hingga 4.50 peratus,menunjukkan penurunan 100 mata asas.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0582/0779 daripada 3.0294/0340 dan rendah berbanding euro kepada 4.8773/9080 daripada 4.8706/8778,bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.7399/7760 daripada 5.7591/7676 pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8376/9274 daripada 12.9589/9847 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3035/3248 daripada 3.3153/3204 sebelum ini.
Ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 267.1/268.9 daripada 266.2/266.7 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.82/7.88 daripada 7.80/7.782.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur