2025-04-08 HaiPress

Pasukan MAS-01 SMART menggunakan alat pengesan dalam operasi mencari mangsa hidup pada 2 April lalu/Foto NADMA
SUBANG,7 April – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang tertimbus lebih 72 jam di kawasan runtuhan Worksite K10,Myanmar berjaya diselamatkan oleh Pasukan MAS-01 SMART NADMA dalam misi kemanusiaan Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar,baru-baru ini.
Pasukan yang terdiri daripada 50 anggota itu selamat tiba di tanah air kira-kira pukul 5.00 petang hari ini menggunakan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang.
"Pasukan MAS-01 yang ditugaskan di Sektor Sagaing,merupakan satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa yang beroperasi di kawasan tersebut.
"Sepanjang 6 hari penugasan,mereka melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di 11 kawasan runtuhan,yang kebanyakannya melibatkan struktur kompleks dan mencabar keupayaan pasukan tempatan," menurut hantaran itu di Facebook hari ini.
Kepulangan wira kemanusiaan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Datuk Khairul Shahril Idrus,bersama wakil-wakil Kementerian Luar Negeri,ATM dan NADMA.
Setibanya di tanah air,kesemua anggota menjalani saringan kesihatan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan didapati berada dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental.
Selain menyelamatkan mangsa yang tertimbus hidup,pasukan turut menemui 10 lagi mangsa yang terkorban,termasuk empat kanak-kanak,menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijumpai seramai 11 orang.
NADMA merakamkan penghargaan kepada semua kementerian,jabatan dan agensi yang menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur