2025-04-08 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 April- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara anggota ASEAN untuk terus bersatu dan tabah menghadapi tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata tarif tersebut yang diumumkan oleh Presiden AS,Donald Trump bukanlah cabaran pertama terhadap multilateralisme dan tidak akan menjadi yang terakhir.
"Tetapi,jika ASEAN dapat mempertahankan pendirian dengan kekal terbuka,pragmatik,dan bersatu,ia mungkin masih menjadi antara yang terakhir yang mempercayai bahawa dunia akan berfungsi dengan lebih baik apabila kita bekerjasama," katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucapan utama beliau pada pelancaran Panduan Pendedahan ESG yang Dipermudahkan untuk PKS dalam Rantaian Pembekalan ASEAN,bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat serta Mesyuarat Berkaitan.
Dalam pada itu,pemerkasaan ekonomi tidak memadai tanpa pemerkasaan seni budaya,sebagai pelengkap kepada usaha membangunkan negara secara menyeluruh.
Jelas Datuk Seri Anwar ketika berucap demikian pada Majlis Pelancaran Buku Ismail Zain Intermediation: Selected Writings on Art and Aestheticsdi Balai Seni Negara di ibu negara.
"Yang menentukan keutuhan sebuah negara dan masyarakat dan pertumbuhan tamadun itu adalah kestabilan politik dan kekuatan ekonominya.
Tetapi pemerkasaan seni dan budaya,dikala kita kadang ghairah dengan pemusatan perhatian terhadap kekuatan ekonomi,kita lupa bahawa pembangunan tamadun itu akan tempang tanpa usaha yang gigih memperkasa seni dan budaya," tambah Anwar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur