2025-04-08 HaiPress

Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia,Dr Mohd Fairuz A. Razak / Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 April – Sebagai Pengerusi ASEAN,Malaysia wajar menggerakkan usaha mengurangkan halangan bukan tarif (non-tariff barriers) dalam kalangan negara anggota bagi mengurangkan impak daripada tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia,Dr Mohd Fairuz A. Razak berkata keputusan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa isu itu ke peringkat ASEAN adalah langkah yang tepat kerana ia mampu membentuk dasar dan struktur tarif yang lebih konkrit dalam rantau ini.
“Blok ASEAN ini besar. Banyak barangan perlu diimport semula ke sini. Dari segi bahan mentah,terutamanya kepada Amerika Syarikat,kalau mereka tiada bahan mentah,mereka tidak boleh proses,tidak boleh hasilkan barangan dan akhirnya tidak boleh eksport.
“Perkara ini mempunyai kesan berantai. Mahu atau tidak,mereka (AS) terpaksa mendengar. Apabila ASEAN mempunyai dasar yang jelas,ia bukan hanya soal suara,tetapi juga sumber bahan mentah. Jadi,mereka tiada pilihan selain mempertimbangkan kedudukan ASEAN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.
Menurut Dr Mohd Fairuz,walaupun usaha untuk menurunkan tarif sedia ada dapat dilakukan,cukai atau tarif secara umum masih akan kekal sebagai instrumen penting dalam dasar perdagangan,namun ASEAN boleh menentukan pendekatan lebih seimbang.
“Perkara ini akan menentukan halatuju masa depan perdagangan ASEAN secara kolektif dan menjadikan rantau ini lebih berpengaruh dalam rundingan antarabangsa,” tambahnya.
Dalam pada itu,mengulas mengenai penubuhan pasukan petugas (task force) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),beliau berkata ia langkah penting untuk mengenal pasti secara terperinci impak tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat,termasuk angka dan komponen barangan yang terlibat.
“Kita perlu tahu produk mana yang terkena tarif 24 peratus,dan yang mana kekal pada kadar 10 atau 8 peratus. Ada sesetengah komponen elektrik yang tidak dikenakan tarif langsung. Jadi,dengan adanya pasukan petugas ini,kita dapat mengumpul maklumat lengkap untuk dibincangkan secara segera.
“Kita tak boleh tunggu lama kerana semakin lama kita menunggu,semakin besar kesannya terhadap perdagangan negara,” jelas beliau.
Mengulas lanjut,Dr Mohd Fairuz turut menyentuh kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden AS,Donald Trump berhubung perlindungan terhadap industri domestik negaranya.
Katanya,Malaysia tidak seharusnya membalas tindakan tersebut dengan mengenakan tarif lebih tinggi,sebaliknya perlu menangani isu berkenaan secara bijak dengan menilai semua pilihan yang ada bagi mengurangkan kesan negatif ke atas ekonomi negara.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur