2025-04-08 HaiPress

Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada eksport minyak sawit negara / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 April – Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada eksport minyak sawit negara,namun Malaysia dilihat masih mempunyai kelebihan daya saing berbanding pengeluar utama lain.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kadar tarif Malaysia yang lebih rendah menawarkan kelebihan berbanding pesaing seperti Indonesia dan Thailand.
“Permintaan terhadap minyak sawit kekal tinggi,termasuk di pasaran AS,terutamanya untuk produk seperti manisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan,walaupun AS hanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara,pasaran itu kekal penting memandangkan penggunaan minyak sawit yang khusus dalam pelbagai sektor.
Dalam masa sama,katanya,Malaysia terus mengukuhkan kehadiran globalnya dan tidak bergantung kepada mana-mana pasaran tunggal.
Sebagai Pengerusi ASEAN,beliau turut menyuarakan harapan agar eksport minyak sawit dapat dipertingkatkan di rantau Asia Tenggara sambil mengekalkan hubungan baik dengan semua negara pengguna.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur