2025-04-08 IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,7 April- Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sentiasa terbuka mendengar pandangan dan cadangan daripada penjawat awam selain sangat mengutamakan kepantasan bekerja serta keputusan yang dihasilkan.
Mohd Zuki,yang juga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),berkata Anwar amat menekankan kebajikan penjawat awam dan ia terbukti dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula gaji penjawat awam melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Beliau menghormati penjawat awam dan amat terbuka (mendengar) pandangan dan idea yang dikemukakan mereka.
"Perkara ini antara yang saya belajar daripada beliau,iaitu berilah peluang kepada orang bawah untuk memberikan pandangan," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Mantan KSN dan Apresiasi Pasukan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di sini malam ini.
Melalui SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Disember tahun lepas,pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim itu akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus secara berfasa.
Mohd Zuki dilantik sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan bersara pada 10 Ogos 2022 sebelum kontraknya disambung selama dua tahun.
Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University,Singapura mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai penjawat awam selama lebih 32 tahun dan pernah bertugas di Istana Negara serta Jabatan Perdana Menteri.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur