2025-04-08 IDOPRESS

Foto hiasan/ BERNAMA
SEBERANG JAYA,8 April- Pengguna yang bakal terkesan dengan gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang,mula membuat persediaan rapi.
Tinjauan RTM di sekitar Pulau Pinang mendapati,rata-rata pengguna menyediakan tong simpanan bekalan air di kediaman mereka dan bersedia menjimatkan penggunaan air sepanjang tempoh gangguan tersebut.
"Mesti sediakan tong yang besar lima atau enam tong cukuplah untuk untuk ini. Saya kalau boleh macam sebelum ini pun,mereka janji dua tiga hari,tetapi tidak sampai dua tiga hari pun,dalam sehari sehari lebih dah ok. Harap-harap macam ini,mereka kerja keras siang malam tidak berhenti",kata salah seorang penduduk,Abdul Aziz Omar.
"Jadi macam itu,kami akan sedia awal-awal sebelum terjadi bekalan terputus bekalan air. Mereka selalu cakap macam lama,tetapi akan buat secepat mungkin. Kami di rumah sini,ada dua hingga tiga tong,ada simpan sikit",kata Noor Atiqah Ramli.
"Kami mengharapkan pihak yang terlibat dapat mempercepatkan proses-proses membaik pulih. Keadaan ini diharap tidak mengganggu dan tidak berpanjangan",kata peniaga Azizah Fadzil.
Sebanyak 341,708 akaun pengguna di lima daerah di Pulau Pinang akan terkesan dengan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) pada 25 hingga 28 April.
Gangguan berlaku berikutan pelaksanaan 23 projek pemasangan paip dan kerja pembaikan lain,melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM25 juta.
Semalam,Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merancang memulihkan perkhidmatan bekalan air dalam tempoh 24 jam kepada kira-kira 40 peratus pengguna terjejas bermula 25 April,pukul 10.00 malam dan pulih sepenuhnya pada 28 April,pukul 10.00 pagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur