2025-04-08 IDOPRESS

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 April- Malaysia tidak akan tergesa-gesa membalas tindakan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS),sebaliknya akan mengambil pendekatan berhati-hati dan diplomatik dalam menangani tarif berkenaan.
Jelas Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebarang tindakan perlu berdasarkan kefahaman menyeluruh terhadap impak dan tarif tersebut.
"Dengan itu,kita akan pergi kepada Amerika Syarikat (AS) untuk berbincang secara baik untuk menggalakkan kefahaman yang lebih dalam isu ini.
Kita mencari jalan yang mana kita boleh dapat kan penyelesaian lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Tetapi,masa sekarang kita kata jangan panik. Jangan tergopoh-gopoh,kita buat cara betul," kata Datuk Seri Amir kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian pada pemberita pada Persidangan Pelaburan ASEAN 2025.
Tambah beliau,ASEAN perlu memperluas jaringan perdagangan dengan membuka peluang kerjasama baharu bersama negara-negara Amerika Latin dan Selatan.
Sebelum ini,Penasihat Ekonomi White House menggesa negara-negara yang mahu mengelak tarif balas tinggi supaya mengemukakan tawaran kepada Presiden Donald Trump.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur