2025-04-08 IDOPRESS

Nur Syasya Zulaikha Ahmad Rozaimee / Foto Ehsan PDRM
ALOR SETAR,8 April – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 5 April lalu.
Remaja terbabit dikenali sebagai Nur Syasya Zulaikha Ahmad Rozaimee.
Ketua Polis Daerah Kota Setar,Penolong Pesuruhjaya Polis,ACP Siti Nor Salawati Saad berkata kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah bapa saudaranya di Kampung Pulau Nyior,Mukim Jabi dan tidak pulang ke rumah selepas itu.
Menurutnya,Nur Syasya Zulaikha mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit hitam manis,berketinggian 150 sentimeter dan seberat 44 kilogram.
“Setakat ini,kes diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar,Sarjan Syahidah di talian 013-9630772.
Maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline IPD Kota Setar di talian 04-7747222,Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di 04-7741222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur