2025-04-08 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,8 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.90 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM21.35 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan satu tender repo berbalik sebanyak RM2.8 bilion selama tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan belian semula) sebanyak RM280 juta selama tujuh hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.70 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM21.60 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur