2025-04-08 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 April - Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam,didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram,kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi ini,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.51 mata atau 0.73 peratus kepada 1,454.31 daripada 1,443.80,semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 7.63 mata kepada 1,451.43.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 392 berbanding 105 manakala 208 kaunter tidak berubah,sebanyak 1,644 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 156.59 juta saham bernilai RM133.79 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terus diasak sesi ketidakpastian di tengah-tengah perkembangan mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu.
"Walaupun berlakunya aktiviti memburu saham berharga rendah,keyakinan jelas tipis berikutan tindakan Presiden Donald Trump yang mahu mengenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China jika Beijing enggan menarik balik tarif timbal balas 34 peratus mereka," katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan,Thong menjangkakan aktiviti memburu saham berharga rendah akan berlaku berikutan penjualan di serata rantau ini sebagai reaksi terhadap pengumuman tarif global Trump pada minggu lepas.
“Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,450-1,480," katanya.
Saham wajaran tinggi Maybank susut satu sen kepada RM9.99,Public Bank naik lima sen kepada RM4.26,TNB dan CIMB masing-masing meraih lapan sen kepada RM13.20 dan RM6.70 manakala IHH Healthcare susut enam sen kepada RM6.65.
Bagi saham aktif,MYEG menokok tujuh sen kepada 78 sen,Cypark naik lima sen kepada 71 sen,Eldridge Energy menambah satu sen kepada 46 sen,Nationgate meningkat tujuh sen kepada RM1.14 dan Pertama Digital meraih setengah sen kepada 8.5 sen.
Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas meningkat 113.19 mata kepada 10,731.75,Indeks FBMT 100 naik 104.61 mata kepada 10,538.92 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 121 mata kepada 10,422.77.
Indeks FBM 70 melonjak 262.48 mata kepada 14,938.35,dan Indeks FBM ACE meningkat 51.40 mata kepada 4,304.12.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 107.80 mata kepada 17,717.07,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.48 mata kepada 137.97,Indeks Tenaga meningkat 18.04 mata kepada 660.42 manakala Indeks Perladangan turun 3.06 mata kepada 7,095.74.-BERNAMA
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur