2025-04-09 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (kanan) pada Sambutan Penutup Bulan Pertahanan Awam 2025 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam hari ini/ BERNAMA
KAJANG,8 April-Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Ketua Pesuruhjaya Perdana (Pertahanan Awam). Manakala,Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).
Turut menerima watikah,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali.
Mereka antara 79 individu yang menerima watikah pegawai kehormat dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Watikah pelantikan disampaikan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,sempena sambutan penutup Bulan Pertahanan Awam 2025.
APM turut melancarkan Briged Seni Kreatif bertujuan memperkasa peranan golongan seni dalam pengurusan bencana.
"Semalam dalam taklimat saya minta Datuk Azmir,CEO Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan juga pasukan untuk memastikan lebih ramai rakan-rakan dalam bidang seni kreatif turut terlibat dalam APM,kerana kita tahu bila tiba masa untuk kita bersama menjadi sukarelawan membantu dalam masyarakat,tak kira ada bencana atau musibah yang melanda",kata Fahmi.
"Rakan-rakan dalam bidang seni kreatif juga mempunyai peranan dan selain daripada waktu-waktu tertentu,kami juga akan memberi timbal balas kepada pihak APM dengan pihak Finas menyediakan beberapa Public Service Announcement (PSA).
Dalam pada itu,Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut menyasarkan penglibatan 1,200 warga seni menyertai Briged Seni Kreatif APM menjelang tahun hadapan.
"Setakat ini,setelah kita tubuhkan Briged Seni Kreatif,seramai 172 orang warga yang berkait dengan FINAS telah berjaya didaftarkan sebagai ahli bersama dengan APM. Malah,untuk makluman,saya telah minta supaya Briged Seni Kreatif bersiap sedia menjelang bulan kesiapsiagaan pada Oktober ini.
"Kita akan pastikan ada warga seni kreatif di setiap negeri yang terlibat bersempena dengan bulan kesiapsiagaan nanti,” katanya ketika berucap pada sambutan penutup Bulan Pertahanan Awam 2025 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,di sini.
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur