2025-04-09 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengeluarkan 4,559 notis saman atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 14 hari pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 yang berakhir,semalam.
Menurut Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Hamidi Adam,sebanyak 15,490 kenderaan telah diperiksa di sekitar ibu negara termasuk di Terminal Bersepadu Selatan dan Terminal Bersepadu Gombak.
"Sebanyak 1,729 kenderaan telah diambil tindakan dan sebanyak 24 kenderaan telah disita sepanjang tempoh HRA pada tahun ini," katanya dalam sidang media di sini.
Melalui Op HRA 2025 juga,pihak JPJ telah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan arak tidak bercukai,selain melaksanakan pendekatan 'omnipresence' di lebuh raya dan jalan-jalan utama yang bertujuan membudayakan pemanduan berhemat dan selamat.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur