2025-04-09 IDOPRESS

Foto Facebook Ng Sze Han
SUBANG JAYA,8 April- Sebanyak 30 kenderaan pinjaman termasuk tiga kenderaan elektrik daripada syarikat automotif,Kumpulan Tan Chong Motor Holding Berhad diserahkan kepada mangsa kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights,Subang Jaya,hari ini.
Menurut Exco Pelaburan,Perdagangan dan Mobiliti Selangor,Ng Sze Han,pengagihan kali ini menjadikan jumlah kereta pinjaman yang diagihkan kepada mangsa berkenaan sebanyak 140 kenderaan.
"Yang ini kita berdasarkan permohonan daripada mangsa-mangsa yang telah mengisi borang yang telah diagihkan. Sehingga setakat ini sudah lebih kurang 190 lebih permohonan yang telah kami terima,jadi masih mencukupi kerana kereta pinjaman setakat ini adalah sebanyak 200 buah",katanya.
Katanya,baki 60 buah kereta pinjaman daripada beberapa syarikat lain bakal diserahkan selewat-lewatnya pada minggu ini.
Beliau berkata demikiankepada media selepas menyerahkan kunci kereta kepada mangsa kebakaran paip gas di Stesen Transit Aliran Ringan,Putra Heights,Subang Jaya.
Sementara itu,bantuan kereta itu sememangnya dinantikan penduduk terjejas kerana dapat memudahkan urusan pergerakan mereka.
"Saya sangat gembira kerana sejak seminggu yang lalu,kami telah terjejas secara emosi. Dan kemudian telah berlaku perjuangan dari segi kerosakan pada rumah dan kereta. Kerana kedua-dua kereta saya sudah berada di dalam bengkel.
"Jadi,saya rasa ini akan sangat membantu kita semua. Buat masa ini,sehingga kami selesaikan dengan penginapan kami,serta dengan semua prosedur yang perlu kami jalani ketika ini",kata Sooryamalar.
"Kereta itu saya hendak pakai untuk kerja,ambil anak. Jadi dalam sebulan ini kita dapat kereta ini,sungguh membantu kita punya urusan harian",kata S.Vinayagam ketika ditemui pemberita,di sini.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur