2025-04-09 IDOPRESS

PUTRAJAYA,8 April- Dialog Polisi Serantau Majlis TVET ASEAN (ATC) bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Jun ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,penganjuran itu bagi memperkukuh jaringan antara negara anggota ASEAN dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Jelas beliau,dialog itu juga merupakan manifestasi komitmen Malaysia dalam memacu kerjasama serantau ke arah pembangunan modal insan berkemahiran.
Dalam pada itu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara turut memaklumkan Sambutan Hari TVET Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara di Putrajaya.
Fokus utama Mesyuarat Majlis TVET Negara itu adalah untuk memastikan TVET terus relevan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja bagi industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor,automasi,dan tenaga boleh diperbaharui.
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri, Wilayah Persekutuan
Tan Sri Ayob Khan dinobat Tokoh Wira Negara
F1: Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September
Operasi pemadaman kebakaran kawasan Jalan Bypass Sebana Cove dipergiat
Cinta Rasulullah perlu diterjemaah melalui penghayatan sunnah
PRN Melaka: Datuk Seri Amirudin diberi mandat perincikan kerjasama PH, BN
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur