2025-04-09 IDOPRESS

Lokasi kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni,Putra Height,Subang Jaya/ BERNAMA
SUBANG JAYA,8 April- Bekalan elektrik di kediaman terjejas susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan dapat dipulihkan selewatnya Jumaat ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor,Datuk Izham Hashim berkata pihaknya komited memastikan sambungan utiliti dan kerja-kerja pemulihan dapat dilaksana secepat mungkin.
Beliau juga memaklumkan perkhidmatan komunikasi dan infrastruktur rangkaian Telekom Malaysia (TM) juga dijangka dapat beroperasi Jumaat ini.
"Untuk bekalan,ia sampai ke tempat meter dan ia akan pasang fius keselamatan. Itu dikeluarkan sehingga tuan rumah itu bersedia untuk masuk,tetapi tempat yang tidak selamat itu,rumah itutidak sambunglah,yang telah rosak metering,semua itu telah rosak ataupun board dia,tapi pasang.
"Tapi,mana yang elok lagi,dia pasang dan dia cabut fuse,main fuse sehingga tuan rumah sedia untuk buat ujian untuk pastikan dalamannya pendawaiannya elok. Telekom pun kata pada Jumaat,perkhidmatan Unify semua akan pulih untuk perhubungan",katanya.
Jelasnya,bagi kediaman yang mengalami kerosakan sepenuhnya (total lost),sambungan utiliti tidak akan dilakukan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur