2025-04-09 IDOPRESS

Foto Facebook MCMC
CYBERJAYA,8 April- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera memastikan perkhidmatan komunikasi kekal stabil di sekitar Putra Heights dan pusat penempatan sementara (PPS).
MCMC menerusi kenyataan memaklumkan,sembilan struktur telekomunikasi yang terjejas melibatkan CelcomDigi,Maxis dan U Mobile telah dipulihkan.
"Hasil tindakan pemulihan segera oleh syarikat penyedia perkhidmatan (telco),semua perkhidmatan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada hari sama",menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC,bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan internet kepada para petugas dan mangsa yang berlindung di PPS Masjid Putra Heights pihak telco turut mengambil langkah segera untuk mengoptimumkan struktur sedia ada supaya memenuhi peningkatan keperluan perkhidmatan.
Selain itu,sebuah unit Mobile Cellular Vehicle (MCV) turut digerakkan bagi meningkatkan lagi kualiti liputan di kawasan berkenaan.
Telekom Malaysia juga menyediakan WiFi percuma di PPS.
Pembukaan kaunter khas di PPS disediakan untuk membantu pelanggan terkesan membuat penggantian SIM dan peranti rosak dan penyelarasan bil.
MCMC akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kualiti perkhidmatan kekal terbaik.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur