2025-04-09 IDOPRESS

Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan minta waris dan mangsa tampil membuat laporan polis sekiranya melibatkan kematian atau harta benda hilang selepas tragedi kebakaran itu pada 1 April lalu/Foto BERNAMA
SUBANG JAYA,8 April - Tiada sebarang laporan kematian mahupun kehilangan harta benda diterima setakat ini berhubung insiden letupan paip gas di Putra Height,di sini.
Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan,berkata pihaknya memandang serius segala dakwaan yang ditularkan di media sosial,namun setakat ini,tiada sebarang laporan rasmi dibuat oleh mana-mana individu atau keluarga mangsa.
“Pihak polis tidak pernah menyembunyikan sebarang kematian,malah kami juga tidak menerima apa-apa laporan mengenai kehilangan harta benda. Kalau benar ada kehilangan,saya minta tampil ke balai polis berdekatan untuk buat laporan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Beliau menegaskan bahawa pihak polis tiada sebarang kepentingan untuk menyembunyikan kematian atau fakta.
Menurut beliau,semua siasatan dijalankan secara telus bersama agensi terlibat sejak kejadian letupan yang berlaku pada 1 April lalu.
“Netizen janganlah buat tuduhan sebarangan yang tidak berasas dan boleh menimbulkan kegusaran. Kami di sini bertindak secara terbuka dan profesional,” katanya.
Mengulas lanjut,Hussein berkata seramai 120 anggota polis telah ditempatkan di semua laluan keluar masuk kawasan kejadian termasuk di taman perumahan dan kampung berhampiran.
Ini bagi memastikan keselamatan dan mengelak sebarang pencerobohan berlaku.
“Setiap simpang dan laluan dikawal,sama ada oleh anggota bertugas am atau dari Pasukan Gerakan Am (PGA),24 jam sehari. Jika ada yang mendakwa kehilangan barang,sila buat laporan kepada polis untuk tindakan susulan,” ujarnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk faktor mekanikal,persekitaran,operasi dan keselamatan.
Katanya,ini bagi mengenal pasti punca punca insiden dan tidak berlaku sebarang pengabaian aspek keselamatan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur