2025-04-10 HaiPress

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
PUTRAJAYA,9 April- Kementerian Komunikasi mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang menawarkan bantuan dan sokongan pemulihan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah CelcomDigi,Maxis,TM Unifi,U Mobile dan YES.
Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan memaklumkan,sumbangan tersebut membuktikan keprihatinan syarikat telco terhadap kesejahteraan pelanggan yang terkesan,selari dengan nilai ihsan dalam Kerajaan MADANI yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat.
Menurut kementerian,antara bantuan dan sokongan pemulihan yang diberikan adalah pengecualian bayaran perkhidmatan prabayar dan pascabayar bagi tempoh tertentu.
Selain itu,penggantian peralatan dan penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta perkhidmatan wi-fi 5G secara percuma di pusat pemindahan sementara (PPS) Putra Heights.
"Penawaran bantuan sokongan dan pemulihan itu adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut syarikat telco (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan)",menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh diperolehi dengan mengunjungi kaunter bergerak syarikat telco yang dibuka di PPS,atau menghubungi talian utama syarikat telco yang berkaitan,atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur