2025-04-10 HaiPress

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan,Datuk Dr. Zaini Hussin / BERNAMA
KOTA BHARU,9 April- Sebanyak 47 kes kecederaan akibat mercun dilaporkan di hospital kerajaan di Kelantan sepanjang musim perayaan ini.
Pengarah Kesihatan Negeri,Datuk Dr. Zaini Hussin berkata,daripada jumlah tersebut,12 mangsa mengalami kecederaan serius,dengan dua kes terpaksa dirujuk ke hospital pakar untuk rawatan lanjut.
“Sebahagian daripada kecederaan ini adalah teruk,dan boleh menyebabkan kesan kekal. Kami ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati,kerana kecederaan ini boleh memberi kesan jangka panjang pada anak-anak mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Bertemu Pelanggan Wellness Hub Kelantan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kota Bharu.
Menurut Dr. Zaini,kebanyakan mangsa yang terlibat adalah kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur