2025-04-10 HaiPress
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
PUTRAJAYA,9 April- Senarai syarikat dan kilang yang terjejas ekoran insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Kita telah dimaklumkan tentang isu bekalan gas yang dihadapi oleh sejumlah syarikat dan kilang yang terkesan akibat penutupan saluran gas tersebut.
"Perdana Menteri telah meminta Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA untuk mendapatkan senarai penuh semua kilang dan syarikat yang terkesan daripada pihak Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mengumpulkan maklumat mengenai pekerja-pekerja sekiranya ada,untuk memahami keadaan yang dihadapi para pekerja dan syarikat-syarikat tersebut.
“Jadi dalam hal ini,pihak MITI dan juga KESUMA sedang berurusan terus dengan syarikat-syarikat berkaitan dan kita akan teliti dan susuli dengan beberapa tindakan",katanya dalam Sidang Media Mingguan di Putrajaya.
Jelasnya,Suruhanjaya Tenaga (ST) akan bertemu Persatuan Pekilang Malaysia (FMM) petang ini bagi membincangkan isu tersebut.
Sementara itu,usaha membaik pulih kerosakan ekoran insiden tersebut menjadi keutamaan kerajaan ketika ini.
Datuk Fahmi berkata ia bagi memastikan bekalan gas dapat disalurkan semula kepada syarikat dan kilang yang terjejas.
"Bagi pihak kerajaan sudah pasti usaha untuk memperbaiki saluran tersebut dan mengembalikan bekalan gas bagi syarikat-syarikat ini menjadi satu keutamaan.
"Tetapi kita juga memahami bahawa proses siasatan masih berjalan dan tertakluk kepada beberapa aspek dalam proses siasatan",katanya.
Beliau turut memaklumkan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terdiri daripada CelcomDigi,Maxis,TM Unifi,U Mobile dan YES menawarkan bantuan dan sokongan pemulihan kepada mangsa yang terkesan dalam kebakaran saluran paip gas Putra Heights bagi tujuan meringankan beban kewangan.
"Antara bantuan dan sokongan pemulihan yang diberikanadalah pengecualian bayaran perkhidmatan (prabayar dan pascabayar) bagi tempoh tertentu,penggantian peralatan dan penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan terjejas serta perkhidmatan Wi-Fi 5G percuma di pusat pemindahan sementara (PPS),Putra Heights",katanya.
Beliau berkata penawaran bantuan sokongan dan pemulihan telekomunikasi kepada pelanggan yang terjejas adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut syarikat telco,tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Mangsa yang terkesan boleh mengunjungi kaunter bergerak syarikat telco yang dibuka di PPS,atau menghubungi talian utama (hotline) syarikat telco yang berkaitan,atau hadir ke mana-mana cawangan telcoberdekatan.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur