2025-04-10 HaiPress

Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) semasa sidang media mengenai perkembangan berkaitan kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada 1 April lalu di Wisma Dewan Annexe Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini / BERNAMA
SHAH ALAM,9 April- Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin,mengumumkan semua ahli EXCO Negeri Selangor akan menyumbang RM1,000 daripada gaji mereka untuk membantu mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights.
Selain itu,beliau turut memaklumkan bahawa potongan gaji ini akan turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awam bergred 48 ke atas,sebagai usaha untuk meringankan beban penduduk yang terjejas akibat kejadian tersebut.
"Sebagai tanda kepada solidariti dalam kalangan penjawat awam,semua ahli majlis kerajaan negeri akan menyumbang RM1,000 daripada gaji mereka. Setiap ADUN akan menyumbang RM200,manakala penjawat awam bergred 48 ke atas akan menyumbang RM50.
"Kami menganggarkan lebih RM500,000 akan disumbangkan kepada Tabung Prihatin,yang akan digunakan untuk proses pemulihan yang dirancang oleh kerajaan negeri," katanya.
Jelasnya lagi,dengan sumbangan itu,diharapkan dapat membantu proses pemulihan kawasan yang terjejas dan memberi sedikit kelegaan kepada mangsa yang terlibat.
Sementara itu,Datuk Seri Amirudin menjelaskan semua penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Camelia kini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,dengan PPS tersebut dijadualkan ditutup bermula malam ini.
Sementara penduduk di PPS Masjid Putra Heights pula akan dibenarkan pulang secara berperingkat,dengan dijangka selesai menjelang hujung minggu ini.
“Kita jangkakan PPS akan mula ditutup minggu ini,dengan Dewan Camelia dijadualkan ditutup malam ini pada pukul 10 malam. Manakala,PPS Masjid Putra Heights akan ditutup hujung minggu ini dan awal minggu hadapan,kerana kediaman mereka telah diserahkan semula.
"Kerajaan negeri juga telah menawarkan bantuan perumahan seperti bantuan air,BNPP,serta bantuan sewa rumah bagi yang memerlukan," katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annex Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan,proses pendaftaran ‘homestay’ menerusi platform Airbnb untuk mangsa yang terjejas akan bermula malam ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada hari Ahad.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga turut menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas,dan dijangka mencukupi untuk tempoh satu bulan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur