2025-04-10 HaiPress

FOTO JIM SABAH
TAWAU,9 April- Jabatan Imigresen Sabah menahan 61 warga asing menerusi serbuan ke atas lima kawasan penempatan di Semporna dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah,Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof,berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki,10 wanita,tiga kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan,yang merupakan warganegara Filipina,Indonesia,Pakistan,dan China.
Menurut beliau,warga asing terbabit disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Siasatan lanjut akan dijalankan dan kesemua individu yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Imigresen Tawau.
Sepanjang operasi tersebut,pihak Imigresen telah memeriksa seramai 173 individu yang terdiri daripada warga asing dan warganegara tempatan.
Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),serta individu yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63,Akta Pasport 1966,Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Operasi tersebut melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Semporna,Tawau,Lahad Datu,Sandakan dan Kota Kinabalu.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur