2025-04-10 HaiPress
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyampaikan ucaptama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Makan Malam Gala sempena Kepengerusian Malaysia Trek Kewangan ASEAN/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 April- ASEAN,yang telah mengharungi beberapa tempoh getir akibat ketidaktentuan global,kini muncul sebagai antara kuasa dan pengaruh utama dalam ekonomi dunia,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Daripada kejutan mata wang kepada penularan (pandemik) global,kita telah mengalami kesemuanya. Kita telah mengharungi gangguan. Dan setiap kali (berlaku gangguan),kita berjaya membina semula bukan sahaja apa yang kita hilang,tetapi apa yang kita boleh capai," kata beliau menerusi ucaptamanya pada Majlis Makan Malam Gala sempena Kepengerusian Malaysia Trek Kewangan ASEAN,di sini,hari ini.
Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Turut hadir pada majlis makan malam gala itu ialah Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour
Bagaimanapun,Anwar,yang juga Menteri Kewangan berkata pengaruh ASEAN,seperti biasa,terletak pada perpaduannya,yakni keupayaan rantau ini untuk mencapai kata sepakat dan mengambil tindakan bersama.
"Inilah sebabnya mengapa Kepengerusian Malaysia dipandu oleh tema Kemampanan dan Keterangkuman,bukan sebagai retorik,tetapi sebagai cita-cita yang praktikal.
“Keterangkuman bermaksud pertumbuhan yang bukan sahaja meningkatkan pasaran tetapi menyentuh kehidupan - menjangkau peniaga kecil,usahawan muda,yang kurang mendapat perkhidmatan dan yang terpinggir.
"Kemampanan,sebaliknya,bermakna lebih daripada kesedaran iklim. Ia adalah tentang kesinambungan: peluang,kestabilan,kepercayaan dalam institusi. Ia mendorong kita untuk merancang dengan berdisiplin,melabur dengan berpandangan jauh,dan bertindak dengan berhati-hati. Trek Kewangan memberikan kita instrumen untuk merealisasikan cita-cita ini," kata beliau.
Sama ada dengan memperdalam perdagangan intra-ASEAN,menyelaraskan rangka kerja bagi kewangan hijau,mengukuhkan jaringan keselamatan atau meluaskan akses kepada modal,Anwar berkata ASEAN sedang membentuk rantau ini seperti yang apa yang dirancangnya,bukan hanya untuk esok tetapi bagi dekad-dekad akan datang.
"Kekuatan ASEAN tidak pernah sama - tetapi sentiasa mencari titik persamaan. Dalam keadaan tenang,kadangkala tidak sempurna,tetapi sentiasa mencapai kata sepakat," kata beliau.- BERNAMA
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur