2025-04-10 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.97 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM19.94 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM3.6 bilion selama tujuh hari,RM1.8 bilion bagi 33 hari,RM1.0 bilion selama 91 hari selain tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) RM400 juta selama 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Bank pusat itu juga pada pukul 4.00 petang akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM20.3 bilion.- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur