2025-04-10 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,9 April- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini,terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China,menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan.
Pada 6 petang,mata wang tempatan itu berada pada 4.4935/4990 berbanding dolar AS 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tindakan dagangan balas boleh mengeruhkan lagi keadaan,susulan tarif AS meningkatkan kos perniagaan dan hidup,seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.
“Tumpuan utama dalam kalangan bank pusat kini ialah bagaimana memanfaatkan dasar monetari untuk memacu ekonomi,dengan,sebagai contoh,mengekalkan pertumbuhan sebagai keutamaan segera,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam menekankan wujud ketidakpastian yang ketara sama ada ekonomi global boleh mencapai persetujuan dengan AS atau akan menghadapi pendekatan yang lebih agresif.
Beliau berkata keadaan yang tidak stabil ini berkemungkinan menyebabkan pasaran mata wang berterusan dalam keadaan sangat tidak menentu untuk tempoh terdekat.
Sementara itu,ringgit diniagakan menyusut berbanding mata wang utama hari ini.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0921/0964 daripada 3.0501/0533,susut berbanding euro kepada 4.9640/9700 daripada 4.9005/9055 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7629/7700 daripada 5.7210/7268 semalam.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9915/13.0153 daripada 12.8898/9094 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 266.3/266.7 daripada 265.7/266.1 ketika ditutup semalam.
Ringgit juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3349/3395 daripada 3.3224/3259 sebelum ini manakala ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.83/7.85 daripada 7.83/7.84.- BERNAMA
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur