2025-04-10 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 April- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari,kata ahli ekonomi.
Pada 8.01 pagi,ringgit berada pada 4.4700/4850 berbanding dolar AS daripada 4.4935/4990 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh penangguhan tarif timbal balas bagi kebanyakan negara mencetuskan sentimen lebih baik dalam pasaran mata wang.
“Ini membuka pintu bagi tujuan rundingan yang boleh cenderung kepada perjanjian perdagangan lebih baik.
“Oleh itu,kita boleh menjangkakan ringgit dan mata wang lain akan mencatat prestasi lebih baik pada hari ini," katanya kepada Bernama.
Laporan awal pagi ini menyatakan penangguhan 90 hari bagi tarif balas ke atas 75 negara yang menghubungi AS bagi tujuan rundingan,akan menyaksikan tarif berkaitan dikembalikan pada kadar asas 10 peratus ketika tempoh rundingan dijalankan.
Walaupun menyuarakan keyakinan dapat mewujudkan persetujuan lebih kukuh dengan China dan enggan membesarkan kemungkinan keadaan terus buruk,Trump sebaliknya bertindak menaikkan tarif barangan China secara mendadak,daripada 104 peratus kepada 125 peratus.
Dalam pada itu,ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain hari ini.
Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0326/0432 daripada 3.0921/0964,naik berbanding euro kepada 4.8969/9133 daripada 4.9640/9700 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7346/7538 daripada 5.7629/7700.
Selain itu,ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Berbanding dolar Singapura,ringgit naik kepada 3.3279/3398 daripada 3.3349/3395,meningkat berbanding peso Filipina pada 7.79/7.82 daripada 7.83/7.85 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 264.9/265.9 daripada 266.3/266.7,semalam.
Ringgit bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0778/1325 daripada 12.9915/13.0153.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur