2025-04-10 IDOPRESS

FOTO RTM
KUALA TERENGGANU,9 April- Tiga bayi antara 11 sekeluarga yang terselamat dalam kebakaran yang berlaku malam tadi di Kampung Gelong Gajah,Kuala Terengganu. Kediaman yang disewa oleh keluarga tersebut hangus sepenuhnya dalam kejadian yang disyaki berpunca daripada lintas pintas sistem pendawaian elektrik.
Nor Najmi Firdaina Mohd Zarudin,seorang ibu muda berusia 20 tahun,meluahkan rasa syukur apabila bayinya yang berusia 9 bulan terselamat dalam insiden tersebut.
Beliau turut bersyukur kerana dua bayi adik-beradiknya juga selamat,walaupun rumah mereka musnah dalam kebakaran tersebut.
"Saya bersyukur Alhamdulillah anak-anak selamat dengan saya. Semua selamat walaupun rumah habis terbakar," ujar Nor Najmi Firdaina dengan nada sebak.
Sementara itu,Che Hussin Jusoh,ketua keluarga berusia 68 tahun,menyifatkan kejadian itu sebagai dugaan terbesar dalam hidupnya. Walaupun rumah yang terbakar itu hanya disewa,beliau merasa kehilangan yang mendalam,seolah-olah kehilangan harta benda sendiri.
"Saya ingat kalau ada orang sumbangkan rumah pun tak apa,asalkan dapat tempat berteduh. Alat-alat pekerjaan pun habis musnah. Kereta,motor pun semua dah hangus. Kalau boleh,saya nak cari rumah sewa untuk tempat tinggal dalam sebulan dua ini," katanya.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.40 malam itu turut mengakibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal turut terbakar.
Kini,keluarga tersebut ditempatkan di rumah inap sementara yang disediakan oleh pihak pengurusan kampung setempat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur