2025-04-10 IDOPRESS

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
PUTRAJAYA,9 April-Kerajaan akan memperincikan tindakan susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas Malaysia dalam Mesyuarat Pusat Tindakan Geo-Ekonomi Nasional (NGCC) pada Isnin ini.
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkatasebarang keputusan akan turut tertakluk kepada hasil Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN yang diadakan esok serta perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin negara ASEAN lain.
"Mesyuarat Jemaah Menteri juga membincangkan mengenai tarif Trump,secara khususnya mengenai Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul.
"Susulan itu,Isnin ini,National Geo-Economic Command Centre akan bersidang dan hasil daripada mesyuarat esok,Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN dan perbincangan Perdana Menteri dengan ketua kerajaan negara-negara ASEAN",katanya.
"Maka pada Isnin,kita akan buat beberapa keputusan sebelum kita meminta rombongan bagi tujuan diplomasi dan juga perbincangan perdagangan dengan Amerika Syarikat dihantar ke Washington DC",katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet.
Pada 2 April lalu,Presiden AS Donald Trump mengumumkan satu siri 'tarif timbal balik' terhadap import dari kira-kira 90 negara yang melebihi cukai menyeluruh sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas semua import ke Amerika Syarikat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur