2025-04-10 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,9 April- PROTON mengakhiri suku pertama 2025 dengan pemulihan jualan yang ketara pada Mac dengan 13,918 unit terjual,peningkatan sebanyak 23.9 peratus berbanding Februari.
Pencapaian didorong prestasi jualan yang kukuh merentasi keseluruhan barisan model,pertumbuhan dalam jualan eksport serta sumbangan daripada penawaran tenaga baharu syarikat.
Sementara itu,Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia,Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025.
Ini sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.
Sebanyak 797 unit Proton e.MAS 7 berjaya dijual pada Mac lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah berkata kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini.
Menjelang suku kedua,pihaknya menjangkakan pelancaran berterusan beberapa model baharu yang akan
menawarkan pelbagai tawaran menarik.
PROTON kekal yakin dengan rangkaian pengedarnya dan komitmen kepada pembeli kereta tempatan akan memberikan pengalaman pemilikan jangka panjang yang terbaik buat pelanggan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur