2025-04-10 IDOPRESS

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ditemui media di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 / BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 April- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi,kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Kita semua telah lihat keadaan turun naik sepanjang masa ini. Sama ada anda lihat ketika krisis kewangan Asia,anda lihat semasa tempoh COVID-19,anda lihat kejutan yang melanda sistem,pasaran menunjukkan keadaan turun naik,tetapi ia juga menunjukkan daya tahan serta keupayaan untuk menanganinya.
“Terdapat kecairan yang mencukupi dalam pasaran domestik,” kata Amir Hamzah ketika ditanya mengenai prestasi Bursa Malaysia di tengah-tengah keadaan tidak menentu yang dicetuskan oleh tarif Presiden AS Donald Trump.
Beliau berkata demikian kepada media di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan,di sini,hari ini.
Menurutnya,institusi kewangan tempatan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) biasanya melihat ketidaktentuan pasaran ini bukan sahaja dari segi pelaburan untuk jangka panjang,tetapi juga sebagai masa untuk mereka menentukan semula portfolio mereka dari segi memilih aset berkualiti.
Beliau turut mengimbau semasa tempoh sukar sebelum ini yang menyaksikan paras turun naik di Bursa Malaysia dapat ditangani dengan sokongan institusi yang kukuh.
"Bursa Malaysia tidak mencetuskan pemutus litar dalam tempoh ini. Ia masih menjadi salah satu pasaran yang kekal berdaya tahan. Ringgit juga kekal dalam jajaran setakat ini."
"Jadi,saya fikir ia adalah keadaan yang boleh kita tangani sepanjang tempoh itu," katanya.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur