2025-04-11 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,10 April - ASEAN terus berprinsip mengekalkan perdagangan bebas dan seimbang dalam hubungan antarabangsa,khususnya melibatkkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ketegasan itu selaras dengan komitmen ASEAN bagi menjamin kestabilan serta kepentingan ekonomi serantau.
"Kedudukan ASEAN jelas,kita menyokong perdagangan bebas dan berpandukan prinsip berasaskan peraturan,termasuk melalui penyertaan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
"Kita akan terus berusaha sebaik mungkin untuk menjamin keamanan sambil memastikan manfaat maksimum dalam pelaburan ekonomi dapat dicapai," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama penutupan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan hari ini,di sini.
Mengulas lanjut,ASEAN perlu bijak mengambil peluang dalam situasi geopolitik yang mencabar ketika ini untuk mengembalikan keyakinan negara asing dan mengukuhkan kekuatan ekonomi rantau.
Sementara itu Anwar berkata,ASEAN sebagai sebuah blok ekonomi perlu menggandakan usaha bagi memperkukuh perdagangan dan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggotanya.
Beliau menegaskan dalam menghadapi cabaran global,ASEAN tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada faktor luar,sebaliknya perlu bertindak secara kolektif dalam memanfaatkan potensi dari dalam rantau sendiri.
"Tetapi dengan pengaruh besar anda semua,anda harus dorong agenda ini. Kefahaman makroekonomi,situasi kewangan,mata wang. Gabungan Gabenor dan Menteri Kewangan adalah tunjang di banyak negara.
"Dengan kekuatan itu,anda boleh beri pengaruh yang sangat kuat. Dan saya rasa kita patut lebih spesifik daripada segi kesalinghubungan digital,tenaga merentas sempadan,perdagangan merentas sempadan,daripada segi kastam,memanfaatkan kapasiti sektor industri," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur