2025-04-11 HaiPress

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman selepas selesai bergambar bersama delegasi Menteri Kewangan dan Gabenor ASEAN dan Timor-Leste sempena hari terakhir Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
KUALA LUMPUR,10 April - ASEAN perlu bekerjasama dengan Myanmar dalam usaha kemanusiaan berikutan gempa bumi yang melanda negara tersebut,serta menangani kebimbangan berpanjangan dalam semangat konsensus lima perkara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan,Malaysia sebagai pengerusi ASEAN,telah bersama negara anggota lain menawarkan bantuan kepada Myanmar yang dilanda bencana,dengan lebih 3,500 nyawa.
"Kami telah mengadakan perjumpaan dengan Jeneral Kanan (Min Aung Hlaing) untuk berbincang mengenai usaha-usaha kemanusiaan. Saya juga telah memaklumkan kepada semua rakan sekerja bahawa kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk bekerjasama.
"Sekurang-kurangnya bermula dengan penganjuran bantuan kemanusiaan dengan kedua-dua pihak dan kemudian cuba meyakinkan mereka untuk sekurang-kurangnya mempertimbangkan beberapa kebimbangan yang telah kita suarakan selari dengan parameter umum konsensus lima perkara," kata Perdana Menteri.
Beliau menyampaikan ucapan penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 di sini. Katanya ASEAN perlu terus mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk isu-isu berbangkit di Myanmar demi kestabilan masa depan rantau ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan telah membangkitkan isu yang sama dalam perbualan telefonnya dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh baru-baru ini.
“Selain itu kami melihat keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu bercakap serta berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman,” katanya.
Beliau berkata pendekatan ini adalah kritikal dalam memastikan sebarang tindakan yang diambil selari dengan prinsip kemanusiaan dan matlamat kestabilan serantau yang lebih besar.
Dalam pada itu,sebagai pengerusi ASEAN tahun ini,Malaysia percaya bantuan kemanusiaan perlu terus disalurkan kepada rakyat Myanmar yang terjejas.
Anwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara-negara ASEAN yang cepat bertindak membantu Myanmar selepas gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa.
Katanya,ASEAN perlu terus mencari jalan penyelesaian yang terbaik berhubung isu tersebut bagi masa depan rantau.
ASEAN akan terus memastikan hubungan erat dengan negara jiran seperti China,Jepun dan Korea Selatan demi mengekalkan kestabilan dan kekuatan ekonomi rantau ini.Keamanan serantau bergantung kepada sikap bersahabat antara negara jiran.
Perdana Menteri berkata,China merupakan pemain penting dalam kestabilan ekonomi serantau.
"Prinsip asas kita akan kekal kukuh sekiranya kita dapat menjamin keamanan di rantau ini,dan keamanan itu datang daripada sikap mesra terhadap semua jiran kita. China adalah sangat penting," katanya.
Tambahnya,perkembangan semasa membabitkan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat turut memberi kesan kepada ekonomi ASEAN
Beliau turut menegaskan,ASEAN akan terus berpegang kepada prinsip keterpusatan dalam memastikan kestabilan serta kerjasama serantau terus terjamin.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur