2025-04-11 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil menghadiri taklimat tertutup ketika hadir ke program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang hari ini/BERNAMA
TAPAH,10 April- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti beberapa lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang menghadapi masalah capaian telekomunikasi.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata syarikat-syarikat telekomunikasi terlibat telah dimaklumkan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Satu mesyuarat akan dipengerusikan MCMC bagi menentukan tindakan susulan yang perlu diambil dalam usaha memastikan kelancaran tempoh pilihan raya.
"Di sesetengah tempat walaupun kita secara purata capaian internet adalah memuaskan tapi di sesetengah lokasi bagi sesetengah syarikat telekomunikasi,ia tidak memuaskan.
Saya nantikan mesyuarat esok di antara MCMC dan syarikat-syarikat telekomunikasi. Tetapi secara keseluruhan,saya lihat dari segi persiapan mutu internet,saya percaya menjelang hari penamaan calon akan bertambah baik," kata Datuk Fahmi kepada pemberita,hari ini.
Tambahnya,selain aduan daripada masyarakat,pihak MCMC juga diminta meneliti data diterima daripada Perisikan Speedtest Ookla bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau ditemui pada program Sembang Santai Menteri Komunikasi bersama Komuniti Madani DUN N.48 Ayer Kuning di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur