2025-04-11 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KOTA KINABALU,11 April – Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat sahih sehingga membawa kepada penahanan,pendakwaan dan sabitan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan gajah Pygmy Borneo di negeri itu.
Menterinya,Datuk Christina Liew memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan insiden terbaharu melibatkan seekor lagi gajah yang ditemukan mati dalam keadaan kepalanya dipenggal dan dibiarkan reput di Tawau.
“Keputusan untuk menawarkan ganjaran ini dicapai dalam mesyuarat peringkat menteri yang diadakan pada Rabu lalu. Ia berikutan kejadian terbaharu yang mengejutkan serta mencerminkan ancaman serius terhadap kelangsungan spesies terancam ini.
“Kementerian menyeru mana-mana saksi atau individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan.
Christina turut menegaskan perlindungan terhadap spesies hidupan liar seperti gajah Pygmy Borneo memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak,khususnya masyarakat setempat.
Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) sebelum ini mengesahkan penemuan seekor lagi gajah kerdil Borneo yang dibunuh dengan kejam,menjadikan ia satu lagi kes tragis yang menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk melaporkannya terus kepada SWD atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan dan memastikan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur