2025-04-11 HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,11 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan lima negeri iaitu Kedah,Perak,Pahang dan Johor sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.
Menurut METMalaysia kawasan terlibat di Kedah seperti Kota Setar,Yan,Pendang,Kuala Muda,Kulim dan Bandar Baharu,di Perak (Kerian,Larut,Matang dan Selama,Manjung dan Bagan Datuk). Manakala,di Pahang melibatkan kawasan Rompin.
Selain itu,cuaca tersebut turut dijangka di seluruh Pulau Pinang dan Johor.
Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur