2025-04-11 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,11 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.81 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.74 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.14 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM22.7 bilion.- BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur