2025-04-11 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat,kiri) menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang diwakili Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Zulfikri Osman (tiga,kiri) dengan Ketua Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),Eneng Faridah Iskandar (tiga,kanan) pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) hari ini/BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 April- Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperuntuk dana bernilai RM200 juta bagi menambah baik mutu capaian internet di semua Institut Pendidikan MARA (IPMA).
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata sebelum ini,RM150 juta telah diluluskan. Namun,ia ditambah RM50 juta lagi bagi tujuan tersebut.
"Memahami dan menyedari keperluan terutama untuk anak-anak,saya minta ditambahkan lagi RM50 juta,menjadikan keseluruhan adalah sebanyak RM200 juta untuk menyelesaikan segera masalah internet di kampus-kampus.
Jadi,nanti Datuk Dr. Asyraf,kita minta bantuan untuk rakan-rakan MARA boleh bersama-sama dalam Kempen Internet Selamat MCMC," kata Datuk Fahmi kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di ibu negara.
Turut hadir,Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Timbalan Menteri KKDW,Datuk Rubiah Awang dan Pengerusi MARA,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam majlis tersebut,satu pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai bagi meningkatkan kualiti capaian internet di institusi pendidikan MARA seluruh negara.
Dalam pada itu,Fahmi turut menasihati agar kemudahan internet yang disediakan tidak disalah guna dengan aktiviti yang tidak wajar seperti kegiatan penipuan dalam talian,buli siber dan jenayah seksual.
"Saya rasa serba salah kita berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah internet,memastikan internet itu laju dan murah kalau ia disalahgunakan untuk aktiviti jenayah atau sebar fitnah. Saya tak nak internet ini disalah guna," tambah Fahmi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur