2025-04-11 IDOPRESS

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan pemeriksaan dokumen terhadap warga asing pada serbuan di Hentian Kajang,Selangor/ BERNAMA
KAJANG,11 April- Operasi Imigresen berjaya menahan 288 pendatang tanpa izin (PATI) di Hentian Kajang dan membongkar premis disyaki pusat perjudian dalam talian,semalam.
Serbuan bermula 7.30 malam itu melibatkan enam blok,diketuai Imigresen Putrajaya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen,Jafri Embok Taha berkata,seramai 242 lelaki dan 46 wanita berusia 18 hingga 60 tahun ditahan,membabitkan warga Indonesia,Myanmar,Pakistan,Nepal,India,Sri Lanka dan Sudan.
Antara kesalahan dikenal pasti termasuk tiada dokumen perjalanan yang sah,tinggal melebihi masa dan melanggar syarat pas pekerjaan.
"Operasi sebegini kita akan laksana secara berterusan untuk memastikan pemantauan dan pelaporan untuk memastikan pemahaman pematuhan undang-undang terus dilakukan dan juga warga negara asing di negra kita mematuhi undang-undang yang ditetapkan",katanya dalam sidang media di sini.
Belia berkata,kebanyakan warga asing terbabit bekerja di premis makanan dan kilang berhampiran.
Semua tahanan dibawa ke Imigresen Putrajaya sebelum dihantar ke Depot Tahanan Semenyih.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur