2025-04-11 IDOPRESS

Foto fail
TAWAU,10 April - Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit,kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata ini kerana AS hanya mengimport kira-kira satu peratus komoditi minyak sawit Malaysia.
Bagaimanapun,katanya impak daripada tarif itu dijangka mengganggu sentimen pasaran dan permintaan komoditi.
“AS bukan pasaran utama minyak sawit Malaysia kerana negara itu sendiri ada minyak kacang soya. AS merupakan pesaing kita untuk pasaran minyak dan ia sepatutnya tidak begitu menjejaskan minyak sawit.
“Bagaimanapun,ia mungkin mengganggu dari segi permintaan berikutan ketidaktentuan amat tinggi yang akan memberi impak kepada permintaan. Eksport mungkin turun sedikit tetapi melihat dari segi kadar tarif dikenakan untuk Malaysia yang lebih rendah berbanding Indonesia,menunjukkan minyak sawit Malaysia berdaya saing,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula pekebun kecil sawit (TSPKS 2.0) di sini.
Pada 2 April lepas,Presiden AS Donald Trump mengumumkan satu siri tarif timbal balik terhadap import dari kira-kira 90 negara yang melebihi cukai menyeluruh sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas semua import ke AS.
Langkah itu secara langsung menaikkan duti import terhadap beberapa rakan dagang utama Washington termasuk Malaysia yang dikenakan tarif 24 peratus.
Chan berkata hari ini AS dilaporkan memberi penangguhan tarif selama 90 hari ke atas 75 negara termasuk Malaysia dan perkara itu akan memberi peluang kepada negara untuk rundingan lanjut.
“Dengan penangguhan selama 90 hari ini,saya yakin delegasi Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) serta Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) akan dihantar ke AS untuk berunding mengenai isu tarif ini,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa menekankan keperluan untuk mempelbagaikan pasaran minyak sawit agar tidak bergantung pada satu pasaran sahaja.
“Kita amat menitikberatkan pasaran membangun seperti Afrika dan Timur Tengah,antara tempat yang menjadi sasaran.
“Kita turut menjaga hubungan baik dengan rakan dagang minyak sawit kita iaitu India,China dan Kesatuan Eropah,” katanya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur