2025-04-14 HaiPress
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI dan Kepimpinan Belia disertai 58 orang belia dari kalangan ahli Majlis Belia India Negeri Perlis
PADANG BESAR,14 April - Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI dan Kepimpinan Belia diadakan bagi memupuk semangat cintakan tanah air,memperkukuh nilai perpaduan serta memperkasakan kepimpinan dalam kalangan generasi muda terus diperkukuhkan.
Menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perlis Mohd Jeffry Hassan,golongan belia bukan lagi sekadar pemimpin masa hadapan,malah mereka adalah pemimpin masa kini yang bertanggungjawab menyemarakkan semangat perpaduan dalam masyarakat.
"Selain itu,belia perlu menjadi duta perpaduan yang membawa mesej positif kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Program ini diharap dapat dijadikan contoh untuk pelaksanaan aktiviti seumpama di masa akan datang,dengan harapan ia terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan termasuk kerajaan," kata Mohd Jeffry.
Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutup Kursus Kenegaraan Malaysia Madani dan Kepimpinan Belia. Ia disertai 58 orang belia dari kalangan ahli Majlis Belia India Negeri Perlis.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Belia India Malaysia,Dhinesh Basil serta exco MIYC Kebangsaan dan exco Majlis Belia Negeri Perlis yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif memperkukuh kenegaraan dan kepimpinan belia.
Program dianjurkan Majlis Belia India Perlis dengan kerjasama strategik Majlis Belia India Malaysia dan Majlis Belia Negeri Perlis yang berlangsung selama tiga hari yang berakhir petang semalam di Pusat Latihan Kenegaraan,Kaki Bukit,Perlis.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur