2025-04-14 HaiPress

Foto BERNAMA
SEREMBAN,14 April-Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menerima peruntukan 7,000 dos vaksin influenza daripada Kementerian Kesihatan (KKM) secara berfasa bagi tahun ini.
Pengarah JKNNS,Dr.Zuraida Mohamed menerusi kenyataan memaklumkan,setakat ini bekalan vaksin masih ada dan telah mula diberi sejak 18 Februari kepada 2,597 warga emas di klinik kesihatan terlibat di seluruh negeri.
Pemberian vaksin influenza adalah secara percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik sama ada penyakit diabetes,penyakit respiratori,jantung,obesiti,hipertensi,dislipidemia,atau penyakit buah pinggang kronik.
Program vaksinasi itu dilaksana secara sukarela bertujuan melindungi populasi berisiko tinggi daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza,termasuk pneumonia,radang jantung,dan sepsis,yang berpotensi menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian.
Janji temu untuk mendapatkan vaksin boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera secara berfasa bagi klinik-klinik kesihatan terlibat.
Individu yang layak juga boleh membuat janji temu melalui panggilan telefon atau hadir secara terus ke klinik kesihatan terlibat tertakluk kepada ketersediaan bekalan vaksin di fasiliti berkenaan,berikutan agihan bekalan yang dibuat secara berperingkat ke seluruh negara.
JKNNS menyeru agar semua warga emas yang layak mengambil peluang untuk mendapatkan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan dan komplikasi serius.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur