2025-04-14 HaiPress

Datuk Seri Julaihi Narawi ditemui media selepas menerima kunjungan Aidilfitri daripada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching
KUCHING,14 April- Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan penstrukturan semula ke atas syarikat penyedia telekomunikasi milik negeri,Sacofa Sdn. Bhd.,bagi memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negeri.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,Datuk Seri Julaihi Narawi berkata,langkah ini dimungkinkan menerusi pegangan majoriti kerajaan negeri dalam syarikat tersebut,iaitu melebihi 51 peratus.
“Penstrukturan ini penting bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan keupayaan Sacofa dalam mendepani cabaran sektor telekomunikasi yang semakin kompleks,” jelasnya.
Menurut beliau,antara fokus utama pada masa ini adalah penyusunan semula pengurusan tertinggi syarikat,termasuk perubahan dalam komposisi Lembaga Pengarah.
“CMS masih merupakan pemegang saham,namun dengan perubahan tertentu yang sedang berlaku,kita akan mulakan sedikit perubahan dalam pengurusan,” tambahnya.
Datuk Seri Julaihi,yang kini juga memegang jawatan sebagai Pengerusi baharu Sacofa,berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Aidilfitri daripada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK),semalam.
Setakat ini,Sacofa mengendalikan sebanyak 1,688 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak melibatkan operasi komersial serta pengurusan aset telekomunikasi strategik.
Sementara itu,Tan Sri Abang Johari turut mengadakan beberapa kunjungan Aidilfitri ke kediaman barisan pemimpin negeri,termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah,DBKU dan Hal Ehwal Islam,Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Penasihat Khas di Jabatan Premier Sarawak,Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Petra Jaya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur