2025-04-14 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 April- Pasaran getah Malaysia dijangka diniaga secara mendatar pada minggu akan datang dengan harga berkemunginan menjejaki niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah,dalam persekitaran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan,kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Persatuan itu berkata minggu ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa,dengan beberapa siri pengumuman berkaitan tarif yang telah menjejaskan pasaran getah serantau dan harga minyak mentah,ditambah dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
Bagaimanapun,pasaran mungkin melihat momentum positif pada minggu akan datang yang disokong oleh lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.
“Bekalan getah asli kekal terhad di negara pengeluar utama berikutan keadaan cuaca dan kerosakan tanaman di Thailand.
“Walaupun harga getah mungkin meningkat semula disebabkan faktor-faktor ini,kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan ekonomi global masih wujud,” kata persatuan itu kepada Bernama.
Sementara itu,seorang peniaga berkata pasaran getah dijangka terus menjejaki prestasi niaga hadapan getah serantau,kekuatan ringgit berbanding dolar AS,harga minyak mentah penanda aras dan perkembangan tarif AS,di tengah-tengah bekalan getah asli yang terhad di negara pengeluar utama.
"Pemain pasaran juga memantau penanda aras ekonomi AS,terutamanya yang memberikan isyarat mengenai dasar monetari AS serta rangsangan ekonomi China di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kelembapan ekonomi global," katanya kepada Bernama.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menurun sebanyak 74 sen kepada 762.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut sebanyak 11 sen kepada 657 sen sekilogram.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur