2025-04-14 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,Anuar Fariz Fadzil/BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 April- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan siri program insentif bagi memperkukuh daya saing dan pembangunan industri kreatif digital.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,Anuar Fariz Fadzil berkata inisiatif itu dikhususkan untuk pemerkasaan studio tempatan dan pencipta kandungan digital merangkumi segmen permainan dan animasi.
Menerusi Program Tapak Uji Permainan Digital,RM3.5 juta diperuntukkan untuk membiayai sekurang-kurangnya lima syarikat pembangunan permainan tempatan.
Dalam segmen animasi,Program Cabaran Video Pendek Animasi memperuntukkan RM1.2 juta untuk menyokong 12 peserta terlatih dan memupuk kandungan digital kualiti tinggi.
Bagi Program Perniagaan dalam Metaverse,menawarkan RM1 juta untuk menyokong 200 perniagaan yang mengguna pakai pemasaran berasaskan platform itu.
Jelasnya,pasaran kandungan digital negara telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan dan mencatatkan RM87.25 bilion hasil dan RM11.18 bilion nilai jualan eksport.
Industri itu turut mewujudkan lebih 11,150 peluang kerja sejak 2011.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur