2025-04-14 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 April- Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh di bawah paras 100 mata,perkembangan yang disifatkan sebagai mengelirukan berdasarkan kecenderungan mengelak risiko yang meningkat berikutan ketidaktentuan mengenai perdagangan dan tarif.
Katanya walaupun Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan penangguhan tarif terhadap telefon pintar dan komputer pada hujung minggu,sentimen pasaran kekal tidak stabil.
“Data AS,terutamanya Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan,merosot kepada 50.8 mata pada April,menunjukkan pengguna dijangka terus berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.
“Sehubungan itu,kami berpendapat dolar-ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil walaupun dengan sedikit kecenderungan positif berikutan DXY merosot dengan agak ketara,” katanya kepada Bernama.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0761/0822 daripada 3.0952/1000,meningkat berbanding euro kepada 5.0123/0220 daripada 5.0207/0281 dan naik berbanding pound kepada 5.7820/7932 daripada 5.7849/7934.
Sementara itu,mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3491/3566 daripada 3.3495/3549,bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1778/2141 daripada 13.1599/1902.
Mata wang tempatan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 263.0/263.7 daripada 263.1/263.6 sebelum ini dan kekal stabil berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.77.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur