2025-04-14 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 April – Sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di tiga negeri bagi menempatkan 1,000 penduduk terjejas daripada 294 keluarga yang terjejas akibat banjir.
Menurut laporan terkini,satu PPS di Johor masih aktif dan menempatkan 155 orang yang dipindahkan susulan bencana itu.
Sementara itu,di Port Dickson,Negeri Sembilan,seramai 33 penduduk turut ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka khas bagi menampung penduduk terjejas banjir di kawasan berkenaan.
Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi,dengan 774 penduduk daripada 226 keluarga berlindung di sembilan PPS setakat pukul 8 malam tadi.
Berdasarkan infografik dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,Nabawan mencatat jumlah tertinggi dengan 475 orang daripada 121 keluarga berlindung di enam PPS.
Di Sook,219 orang daripada 74 keluarga pula berlindung di dua PPS,manakala 80 orang daripada 31 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur