2025-04-14 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua aduan berprofil tinggi melibatkan tuduhan berunsur fitnah terhadap calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat Cabang yang sedang berlangsung ketika ini.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata MCMC akan bertindak sebagai penganalisis teknikal bagi menyiasat kedua-dua aduan tersebut,yang masing-masing melibatkan calon di Perak dan Perlis.
Salah satu aduan membabitkan hantaran di platform Facebook yang dipercayai mengandungi elemen jenayah berkaitan penyalahgunaan rangkaian,termasuk kandungan bersifat jelik melampau,tuduhan liar dan fitnah terhadap calon di Perlis.
“Satu daripada aduan itu melibatkan video tular yang menuduh seorang calon mengeluarkan senjata api. Calon tersebut telah menafikan tuduhan berkenaan dan membuat laporan polis. MCMC akan membantu siasatan memandangkan video itu telah disebarkan secara meluas di beberapa platform,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Wilayah Persekutuan di Wisma KTC,di sini hari ini.
Menurut Fahmi,setakat ini dua kes dikategorikan sebagai berprofil tinggi,namun beliau akan mengadakan perbincangan dengan MCMC esok bagi mengetahui jumlah aduan penuh yang diterima setakat ini.
Sehubungan itu,beliau menyeru semua calon agar bertanding secara sihat dan mengelakkan kempen melampau terutama di media sosial.
Pemilihan PKR peringkat Cabang,Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang sedang berlangsung dari 11 hingga 20 April ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur