2025-04-14 IDOPRESS

Foto Reuters
WASHINGTON,12 April – Bank Dunia dijangka mengumumkan satu pakej pembiayaan bernilai AS$12 bilion kepada Argentina sebagai tambahan kepada kelulusan perjanjian pinjaman bernilai AS$20 bilion oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Menurut sumber,pengumuman itu dijangka dibuat serentak dengan pengesahan IMF bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada negara Amerika Selatan itu yang sedang bergelut dengan cabaran ekonomi.
Selain Bank Dunia,Bank Pembangunan Inter-Amerika (IDB) turut dijangka mengumumkan pakej pembiayaan tersendiri kepada Argentina.
Perkembangan itu berlaku selepas pengumuman oleh Bank Pusat Argentina pada hari Jumaat yang memaklumkan pelonggaran kawalan pasaran pertukaran asing,sekali gus membenarkan mata wang peso bergerak secara bebas dalam julat antara 1,000 hingga 1,400 peso bagi setiap dolar Amerika Syarikat.
Langkah untuk memansuhkan kawalan modal yang ketat itu dilihat sebagai syarat penting bagi membolehkan Argentina mendapat akses kepada pembiayaan baharu daripada institusi kewangan antarabangsa.
Kesemua pengumuman tersebut dijangka dibuat secara serentak bersama kelulusan rasmi daripada IMF.-REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur